Friday, May 20, 2011

blood on the masjid floor

kejadian ini pernah aku hadapi dulu dalam tahun 1992 rasanya...

seperti kebiasaan hari jumaat, seluruh warga sekitar klcc akan bersolat jumaat di masjid as-syikirin.
dan aku seperti kebiasaannya, akan solat di tingkat atas memandangkan ianya lebih dingin dengan kewujudan kipas berbanding tingkat bawah.

selesai khatbih membaca khutbah kedua dan bilal menyeru iqamah, para jemaah mula berdiri mengikut saf masing2.
KEDEBAB!!! tiba2 seorang ahli jemaah, selang tiga orang sebelah kanan jatuh tersembam. badannya kaku. matanya terbeliak. darah kelihatan mengalir dari mukanya.
para jemaah yang berdekatan terkejut dan cuba menolong membangunkan beliau.
pada mulanya beliau seperti sudah meninggal dunia, terkujur keras di lantai masjid.
namun seketika kemudian beliau mula sedar dan disandarkan di tiang masjid sambil diberi kain untuk menahan darah beliau.

para jemaah meneruskan juga solat jumaat hingga selesai. selesai doa, mereka yang menolong beliau tadi sambung membantu membersihkan mukanya, menenangkannya dan mengelap darah yang bergenang di lantai tadi. seketika kemuadian, paramedik hadir meneruskan tanggungjawab mereka.

seperti yang dibicara awal tadi, kejadian ini pernah aku hadapi dahulu di jejawi, perlis. aku tak pasti apa yang berlaku kepada ahli jemaah itu dahulu, tetapi ahli jemaah hari ini terus dibawa dengan ambulans ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya. semoga beliau kembali sihat...

Tuesday, May 17, 2011

myvi in memory

myvi ini pernah menjadi milikku,
amat2 berjasa buat aku dan sekutu,
dari utara hingga ke johor bahru,
timur barat tak mengira waktu.

jodoh kami berdua tidak panjang,
umur tiga tahun sejak lahir dari kilang,
bukan kerna berpatah arang,
sekadar memerlukan mobil yang lebih bidang...

p/s: sesapa ada terjumpa myvi ini di mana2: sila hon dari belakang, pangkah dia ke tepi, lipat side mirror sebelah kanan, ambil gambar korang ngan dia dan send kat aku. i miss my myvi...

Saturday, May 14, 2011

a brand new chapter...

life is a passion,
passion is love,
love is ours...