Thursday, August 25, 2011

chicha and the walker

chicha sekarang dah expert berjalan.
walaupun acapkali terjatuh, dia sangat suka menggunakan kakinya untuk berjalan.
dulu chicha pakai walker untuk belajar berjalan.
ayah ngan ibu chicha beli walker tu kat jusco AU2.
tapi sebelum chicha umur setahun, chicha dah tak perlu walker untuk melangkah berjalan.

tapi sekarang chicha rindu balik kat walker dia.
walker tu sekarang ayah ngan ibu parking kan aje kat hujung bilik tidur tu.
so chicha sesuka hati dia aje masuk kan diri sendiri dalam walker.
walhal walker tu rapatkan ke bawah.
pandai aje dia lipatkan kaki.
kenkadang kaki sebelah chicha aje lepas.
terus tak pandai keluar.
padan muka! muahahaaa!!!

 chicha dah berjaya masuk walker terlipat

 chicha rasa terganggu di-papparazi oleh ayah
 
 chicha cuba menghalang...

...tetapi tidak berjaya dan terus mengamuk, warghhh!!!

"chicha nak keluar kejar ayah nih. ayah tunggu situ, tunggu!!!"

[^_^]

Wednesday, August 24, 2011

iftar @ chakri palace klcc

tarikh: 23 ogos 2011
lokasi: chakri palace restaurant, level 4, suria klcc
acara: majlis berbuka puasa department human resource dan admin petrofac yang di open table oleh our boss, en. nordin.
menu: semua aku tak ingat nama. yang pasti semua sedap2 belaka. tak percaya tanya chicha...

appertizer: daun keduduk ngan shrimp base paste, peanuts, dried shrimp, baked coconut, onions, ginger, lime & cili padi. sapu, tabur, gulung dan makan. pasti terduduk!

 kuih muih dan tom yam goong<--terbaeekkk!!!

 pulut+mangga+santan ngan bubur kacang

 ibu: chicha nak makan apa? chicha: nasi putih, soft shell crab, sweet sour fish, kerabu mangga, popia, samosa ngan bebola apakenamantah tu...

 ibu tengah penin chicha makan banyak sangat

 "erkk, ayah tengok plak. malu..."

chicha plak penin cari jalan keluar tak jumpa. walhal time tido ok aje tunjuk arah mana...

tenkiu boss!

Monday, August 22, 2011

mawarsari on fire

KUALA LUMPUR, 21 Ogos - Satu kebakaran telah berlaku di Pangsapuri Mawarsari berhampiran Taman Setiawangsa awal pagi semalam. Kebakaran yang mula berlaku sekitar jam 3.30 pagi di tingkat 1 blok F itu mengakibatkan sedikit kelam-kabut di kalangan penghuni pangsapuri apabila masing2 berpusu2 bangun dari tidur dan bergegas turun melalui tangga ke tingkat paling bawah. Ada yang berkain pelikat, ada yang berbaju kelawar, ada yang berbaju T sahaja. Dah memang time tido kan. Macam tu ler orang berpakaian nyer pun.

Seorang saksi yang diajukan pertanyaan berkenaan punca kebakaran menjawab, "Saya sempat lagi pakai baju. Malu nanti." Jawapan yang sememangnya tiada kaitan dengan soalan.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Jalan Jelatek tiba sekitar jam 4 pagi. Walau bagaimanapun, api yang sememangnya marak membakar pada awalnya telah berjaya dipadam oleh penghuni yang amat wira dan juga beberapa security guard yang tidak ketahui asal usul keturunan mereka. Nak kata Indon pun tak, Nepal pun tak, Bangla pun tak. Mongolia jauh sekali ler. Jawa barangkali.

Pun bagaimana walau, api yang begitu cepat membesar adalah dipercayai disebabkan oleh barang2 kontraktor seorang penghuni di tingkat 1 itu. Almari kayu, tin cat, thinner, wheelbarrow, basikal (atau dalam bahasa utaranya, gerek), simen, enjin kereta dan bermacam lagi dihimpunkannya di hadapan pintu rumah. Memang sah2 kena bambu dengan pegawai bomba tu. "Kau nak renovate rumah ker, nak runtuh kan apartment nih?" marah pegawai bomba yang enggan dikenali kerana ayat penyata tadi hanya rekaan semata2.

Sekitar jam 4.30 pagi, penghuni blok F mula beransur ke rumah masing2 untuk bersahur setelah di beri green light tidak rasmi oleh seorang part timer photographer, suami kepada part timer make-up artist. Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh pasangan suami isteri ini amat menakjubkan dan memang berbaloi. Kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan atau apa2 majlis keraian yang lain, bolehlah menghubungi mereka berdua ini. Search aje kat fesbuk tu.

p/s: alhamdulillah kami sekeluarga tiada apa2...

walau pun lena tidur, chicha sentiasa bersedia menunjuk arah pintu keluar...

Friday, August 19, 2011

indeed now is the season

(baca: memang musim sekarang ni...)

tajuk di atas adalah ayat standard orang bila dia tanya anak kita sakit apa.
nak ikutkan situasi sebenar, setiap hari ada aje budak demam, batuk, selsema kan.
musim sepanjang tahun ker? huhuu...

ini cerita rabu baru nih.
marissa macam batuk2 sikit.
takde la teruk sangat tapi bunyi kahak dia macam banyak sangkut kat kerongkong dia.
start dari selasa pagi lagi.
time malam tu lagi teruk bunyi nyer.
kejap2 terjaga. ibu ayah nyer pun kena ler turut terjaga.

so, pagi rabu pegi jumpa dr. zarin zain.
dr. khairul cuti sebab selangor public holiday nuzul quran.
doc kata tiada apa yang serius.
doc bagi ubat batuk bagai.
petang tu bagi marissa ubat cair kahak guna sudu.
mahu plak dia minum.
kalau guna syringe tu, dimuntah kan balik semuanya.

sehingga pagi tadi, marissa masih batuk2 lagi.
doakan marissa cepat baik yer semua. ganbatte!

chicha tidur kepenatan balik dari berjumpa doc yang agak feymes di tv dan laman sosial muka buku tu...

Thursday, August 18, 2011

iftar @ crowne plaza mutiara

tarikh: 16 ogos 2011
lokasi: crowne plaza mutiara KL
acara: majlis berbuka puasa petrofac malaysia
menu: (tarik nafas) roti bakar, sup kambing, sup ayam, sup daging, gulai kawah, roti canai, murtabak, kebab, kambing golek, nasi beryani, abc, terubuk bakar, kembung bakar, pari bakar, cencaru bakar, char koteow, pasta, fruit mocktail, sushi, dimsum, ketam deep fried, udang deep fried, wantan mee, mee sup, daging black pepper, ayam sweet sour, fish fillet, tepanyaki, satay ayam daging kambing, nasi ulam, sambal goreng, grilled chicken, grilled beef, kuih muih, desserts, smoked salmon, oyster with lemon, teh tarik, soya, bandung, cincau, coffee on demand, segala macam kerabu, sheera halimah jongang (bukan makanan)...

yusuf dan azman J. orang kuat HR kat petrofac. kalo korang ada interview ngan petrofac tak jumpa salah sorang nih, memang korang salah company...

 nasi ulam and condiments

 ikan bakars and partners

 the kerabus and sambals

 popiah and such

pasta!

aku memetik ayat seorang staf baru petrofac berkenaan makanan di malaysia nih, "kalau aku dengar ada rakyat malaysia yang mati kebulur, memang aku tak percaya!" renung2 kan dan selamat beramal dari profesor easy-going...

Monday, August 15, 2011

iftar @ impiana klcc

tarikh: 12 ogos 2011
tempat: tonka bean, impiana klcc

 "ayah, kita nak pegi berkebun kat mana nih?" "tapak semaian rumpair jalan pinang..."

 "naper abang harith tengok2 nih? tumbuk lagi kang!"

 "chicha takmau buffet. chicha nak oreo cheese cake ngan brownies with strawberry on top. dua2 nak ala-carte!"

 "ibu, chicha gayat lah ibu tinggi sangat. belakang sikit, belakang sikit..."

"eh, semua dah keluar la ayah. kita takde buat reservation kat sini. balik ayah, balik!"

tenkius scomi kmc...

Friday, August 12, 2011

iftar @ restoran istana bambu

boys day out! this is an annual event we have been doing for several years. since dari time study kat uum lagi kot. ker? we are formerly-infamously-self titled-known as 'geng loser'. aku, pojie, rafek, zaki.

tapi kami tak loser dah sekarang. aku anak nak masuk dua dah. pojie dah berbini dah. rafek anak besar dah. zaki... eh, hang bila nak kawin nih zaki weh?!

 bright of the moon

 dari panggangan...

 ...ke pingganan

 menu buffet yang ada: nasi putih, ayam berlada, butter prawn, deep fried cuttlefish egg, patin tempoyak, sup tulang, tomyam seafood, daging black paper, kambing golek, ikan asam pedas, goreng ikan bilis dengan jering, ayam panggang, pengat pisang, pucuk tempoyak petai, muffin, kerabu mangga, bubur kacang, laksa, bihun goreng, kuih muih, teh tarik, kopi tarik, ice lemon tea, cincau, bandung, air mata kucing, air mangga, sirap selasih, dafi baik punyer...

 close-up nasi aku

 close-up perut rafek...

peaceful night. agak2 bila padi ni boleh tuai yer...?

sehingga berjumpa lagi tahun depan, terima kasih geng loser-no-more!

Thursday, August 11, 2011

iftar @ kl convention centre

tempat: kl convention centre
tarikh: 10 ogos 2011
acara: mencekik! eh, tak. buka puasa ler (sopan)

 "aper nih ayah. shilau ler..."

 "kepada semua, kenalkan; ini ibu saya dan kawan opis ibu saya..."

 "kita kat hutan ker, kat dalam dewan ni ayah...?"

 "uuh, sudu gardu! nak cucuk buah mata kucing tu. nak! nak!"

"tengok, meja pun dah nak clear. ayah la tu makan banyak sangat. tumbuk abang harith!"

terima kasih solar alert!

let friends be thousand

kawan biar seribu...tadaa!


marissa di hospital pantai ampang untuk check up.
ada girl nak kawan ngan marissa.
mula2 marissa malu.
marissa terkejut dipanggil.
last2 marissa ok.
marissa suka berkawan.
marissa sayang kawan dia...

Wednesday, August 10, 2011

iftar @ royale chulan

entry yang letak gambar semata...

chicha tak sabar dah nih. makan budak!!!

mana makanannya? mana?! mana?!! chicha beratur depan dah nih. hrmm...

kanan sup daging campur. kiri kambing golek. atas nasi segala lauk. atas lagi sate. atas kanan air linchikang. atas kiri air tebu. penuh satu meja 10+1 orang tu. tenkius tanjung offshore.

ayah ngan ibu aje yang banyak makan. kecewa chicha. nak check in presidential suite la gini...

Monday, August 8, 2011

sogo members day sale

terus terang la aku cakap. aku bukan kaki shopping. aku dulu shopping kat jusco aje la memanjang. sogo tu takde langsung dalam list destinasi berbelanja. apatah lagi jalan TAR tu. forbidden!

tapi dah jadi sang suami nih, baru la aku celik mata perihal ber-shopping. kita kena pandai berbelanja sebenarnya. tau bila masa barang murah. tau bila masa orang ramai. tauhu nak, tempe kasi lebih (tetiba...).

so, diringkas kan cerita yang dah memang pendek, aku dan isteri (ker isteri dan aku?) menerjah sogo semasa members day sale tempoh hari elok2 sebelum ramadhan nun.

humanghai umat manusia! mengalahkan nak melontar kat jamrah (kasi over sikit). padat nak mampos. lagi2 tingkat 4 (kot) bahagian kanak2 tu. jalan ampang hari jumaat time hujan pun tak jem macam tu. gila ah!

50%+40%! 50%+50%!! (percuma terus...)



kasi tengok video satu. gila kan...?

sangat!!!

Friday, August 5, 2011

sleep like a baby

mesti la baby lagi kan. sedap marissa tidur di pangkuan ibunya. kat dalam kereta time nih. nyenyak ditidur dengan nyaman aircond kereta. tak lepas dia pegang cadbury tu. bak kata pepatah omputih, "a chocolate a day, keeps the doctor away." tapi takde la nak bagi marissa makan cokelat tu lagi. marissa ikut macam ayah tau. jaga gigi tu elok2. takmau kecik2 dah rongak. ingat tu...