Tuesday, November 22, 2011

cherry berry

masuk keja halfday hari nih.
marissa cirit birit.
semalam saje mahu 10 kali dia berak.
dari kaler hijau muda ke hijau tua.
dari bentuk panjang2 macam slurpee kat 7E tu,
sampai ke takde bentuk langsung.
cayor aje keluar nya.
melecet terus bontot.
sian nengok nyer.

so, pagi tadi bawa pegi jumpa dr. khairul kat pantai ampang.
marissa melalak nangis bila doc letak steteskop kat badan dia.
takut bebenor. bukan nyer cucuk pung.
doc bagi ubat smecta kasi keras kan najis ngan ubat lecet.
doc suruh balik dulu tengok camne dua tiga hari lagi.
kalo tak baik gak, kena ler tahan wad masuk air.
harap2 tak perlu ler. moga marissa sihat cepat.

apa? maktih tak suka baca, tapi nak tengok gambar marissa aje?
sowi, tak ingat langsung nak amik gambar hari ini.
dah marissa melekat aje kat ayah nyer.
tapi gambar kenduri kat sri petaling hari tu ada la plak:

pengantin, keluarga & hidangan beradab mereka

chicha yang shedikit shekshi nampak tiyak

chicha yang nguap tapi faiq yang mata kuyu

Monday, November 21, 2011

weekend round-up

sabtu, 19 nov 2011
pepagi sabtu hari tu agak kemalasan untuk bangun.
penat keja (penat ker?) lima hari satu hal.
cuaca luar agak kedinginan besar punya hal.
chicha pun sambung tido.
ibu ayah dia pun haruslah ... sambung tido juga.

dah dekat tengahari terus keluar rumah menuju ke dengkil.
singgah kat deretan gerai makan jalan lama tepi uniten.
agak feymes dah sekarang tempat tu.
seawal jam 11 pagi peniaga dah siap susun kuih, pasang payung, atur meja.
dan seawal jam 11 tu juga kami dah terduduk di situ makan rojak dan minum cendol.
order sebungkus rojak untuk bawa balik ke dengkil.

dalam kul 12 kami sampai ke rumah mak abah kat dengkil.
ada abah yang rajin melayan ayam, angsa, kucing, ikan, monyet kat tepi rumah tu.
ada mak yang gembira menerima kehadiran anak, menantu, cucunya.
ada ammar yang baru balik keja syif malam dan terus layan maharaja lawak mega kat youtube.
ada syera yang study dalam gelap untuk SPM.
ada munirah yang bengkak2 badan akibat buatan suaminya.
ada shah, suami munirah yang pandai masak sambal udang lepas tu tetiba keluar nak beli air kelapa tapi balik dengan ais krim.
ada muaz, nor dan anis yang memeriahkan lagi cempakaville tengahari itu.

walaupun ketika hari2 bekerja rumah itu agak sunyi kecuali ayam yang sentiasa berkokok, angsa yang masih mengecip, kucing yang terus mengiau, ikan yang...(erk, tak tau bunyi ikan), monyet yang hingar dapat buah kuinin; tetapi kemeriahan hujung minggu rumah itu tetap ada dan semoga ianya terus berkekalan.

ahad, 20 nov 2011
cuaca pagi itu masih terus sama dengan kedinginannya.
kami bersarapan roti canai terbaik di keramat, kalau tidak di seluruh lembah klang.
kemudian bermalasan di pangsapuri mahsuri.
sebelum beramai2 (baca: tiga kereta) menuju ke sri petaling memenuhi jemputan perkahwinan.
perkahwinan antara ... (lupa sudah nama pengantin), anak orang kampung senaling tetapi kini sekeluarga telah menetap di kuala lumpur.
menu kenduri: ayam goreng rempah, sotong kembang sambal, daging goreng kicap, sayur dalca, acar buah, buah tembikai, buah oren, karipap, kuih seri muka, air sirap dan teh panas. semua sedap!

gambar? non hado! memandangkan aku bukan blogger tegar, aku memaafkan diri sendiri, eh.

Wednesday, November 16, 2011

#6 wordless wednesday - sleeping dorae-ni


mesti ada yang cakap dalam hati asyik wordless aje (saje buat font size kecik2. akuttt...). takde apa nak hapdet sangat. kehidupan kami bertiga dan setengah (dalam porut) amat berbahagia sekarang. takkan nak hapdet pasal keja opis plak kan <-- ayat cover <-- ayat borang (selalu kalo tulis borang kat words mesti dia auto-correct ke boring. so saje aku tulis borang menggantikan perkataan boring <-- ayat yang memang boring bila baca). kita jumpa balik keja nanti yer sayang. eh...

Wednesday, November 2, 2011

#4 wordless wednesday - sacred market grilled fish

air, ulam ngan kuah asam sampai dulu

lepas tu nasi ngan sup

last sekali ikan

permulaan yang amat sopan

R.I.P
http://malaysianww.blogspot.com/