Monday, June 11, 2012

marissa adani is 2 years old...

...semalam

...

(eh, tiada idea nak tulis apa2 kah?)

selamat hari lahir marissa adani @ cha @ dekni (panjang bebenor...)

mana pisau nyer? mana lilin nyer? mana? mana?!

hmm... sembam muka macam best aje

semua: "allah selamat kan marissa! allah selamat kan..." cha: "ok dah. makan sekarang."

raksasa tangan berbulu cuba merampas pisau cha

nak potong sendiri gak! cucuk! cucuk!
maaf pembaca blog marissa adani. tiada idea satu hal. tapi kekangan masa yang meruncing yang tidak memungkinkan cerita yang panjang berjela. sowiii...

Friday, June 8, 2012

daniel qhalish is 4 months old...

...seminggu lepas

...

daniel tengok kiri

daniel tengok kanan

daniel tengok depan

daniel tengok2 sambil mata sepet tapi hidung kembang

daniel tengok2 ala2 nyorok gitu...


p/s: hepi besday maktih marissa ngan daniel kat melaka tu! dengan ucapan, "banyak ker buat free calling hari ini?"

p/p/s: marissa 2 tahun hari ahad nih. ucapan buat ibunyer, "ada nak buat apa2 ker?"

p/p/p/s: habis dah post. tengok2 apa lagi. ahaks!

Wednesday, May 2, 2012

#10 wordless wednesday - daniel qhalish is three months old (yesterday)

lepak di sofa

lepak di tilam

lepak di toto sambil kacau cha tido

lepak lalu tertido

lepak2 sebelum ayah pegi keja


Tuesday, April 24, 2012

a living speaking doll

muahahahaha! tak semena aje gelak. sebab tengok blog sendiri yang bukan setakat dah bersawang, tapi dah tahap 34karat sudah. kena minum shaklee bebanyak nih baru hilang karatnya...


budak gigi jarang, kuat peluh dan banyak mulut (pada tempat dan waktu yang tertentu...)

itu aje nak post. okbai. huhuuu (gelak penutup) [noktah]

Friday, March 16, 2012

44 days vs 100 days

waiseh! sawang penuh giler ah kat blog nih!! melekit sana sini!!!

jujur aku sangat sibuk kebelakangan dan kehadapan ini. ada satu artikel dalam paper the sun hari ini bertajuk "when sleep is better than sex". aper kah?

so untuk hari ini aku post life event yang paling latest la yer. esok2 (iyo la tuh) aku post la backdated punya cerita.

semalam...i call you, you tak answer...eh, bukan2. dua hari lepas (mampos la kalo bos aku baca blog nih) pegi bawa dilla buat post natal check-up dengan doktor seri suniza kat prince court. marissa ikut teman sekali. tapi daniel tinggal rumah sebab...eh, sebab apa yer syg?

doc scan perut dilla kot ada baby lagi, eh. doc explain la lagi pasal perancangan keluarga bagai. jangan rapat sangat kata nyer. pesanan doc kepada aku, "daddy jangan kacau mummy lagi tau!" huhuu...

ok, nak pegi masjid sudah. nak bentang sejadah, kutip tahi cicak, lap tiang mimbar... tempek gambar sajork:

doc: dilla sejuk? meh doc selimut kan...

doc: bila daddy "ehem2" kat "ehem2" sini, "ehem2" takkan "ehem2"... ehem la sangat!

marissa: cha nak du-du, taknak ju-ju...

[menangi ipod nano2 masam masin manis kelat dengan mencipta perbualan antara doc seri dan dilla di ruang komen di bawah]

Friday, February 24, 2012

first love by hattan

[ pos melekit (sticky post) untuk sepanjang minggu ni. sila lihat bawah untuk posting terbaru. tu pun kalau ada :) ]


Aku terima ketentuan ini
Engkau menghilang lenyap dari hariku
Aku menempuh liku dalam liku
Tubuh langkah kesal lindungku

Sepi kesepi panjang dan berbatu

Pedih hancur lena dalam mimpiku
Aku mendengar keluhan darimu
Namun kini segala berlalu
 
Korus:
Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Maafkan aku
Maafkan aku
Meluka hatimu

Kini ke mana tiada lagi hidup aku

Hanya rintih meneman hari-hariku
Biar bertahun ku inginkan oh tahu
Kekal harum cinta padamu

Cinta pertama hanya dirimu

Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Aku perlukan Tuhan yang tahu
Aku melara menentang waktu

Maafkan aku dosa-dosaku

Maafkan aku oh kasihku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku

Cinta pertama hanya dirimu

Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Aku perlukan tuhan yang tahu
Aku melara menentang waktu

Maafkan aku dosa-dosaku

Maafkan aku oh kasihku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku

Thursday, February 16, 2012

everybody loves daniel qhalish

enam hari lima malam kami stay kat prince court.
check-in hari selasa 31 januari, check-out hari ahad 5 februari.
ahli keluarga, kaum kerabat, rakan taulan ramai yang datang melawat di hospital tu.

ada wan, ada pakcik dan makcik setiawangsa, ada abang harith, ada kakak kembar sarah dan sofea, ada tokwan dan tokmak, ada aunty bella dan maksu syera, ada pakngah dan makngah gombak, ada abang farhan, kakngah, kak ayu, abang faiq dan kak kaka, ada pakngah muaz, makngah nor dan kak anis, ada paktih dan maktih melaka, ada kawan2 opis ibu serta ramai lagi! (memang setakat tu aje pun). ops, ada sorang lagi rupanya. kak marissa adani yang tiap2 hari juga datang siap tidur dua malam siap bawa virus selsema lagi :)

daniel qhalish ucapkan terima kasih banyak2 semua. lepas ni dah boleh buka amanah saham didik, eh.





Wednesday, February 15, 2012

#9 wordless wednesday - introducing daniel qhalish

i am daniel qhalish

fresh from the 'oven'

sleeping coldly

mom's little son

Monday, February 13, 2012

just a little breeze in the afternoon

selasa, 31 januari 2012
maka harinya telahpun tiba untuk kami menyambut ahli baru dalam keluarga kami.
persiapan fizikal dan mental telah dibuat walaupun terasa banyak kurangnya lagi.
petang itu lebih kurang jam 6 petang kami telah mendaftarkan diri di prince court medical centre sepertimana temujanji yang telah dipersetujui sebelum ini.

memandangkan bilik pesakit agak terhad, dilla telah ditempatkan sementara di bilik junior suite.
bilik yang lebih besar dari bilik premium dengan tanda harga dicatatkan pada RM600 untuk satu malam.
berlagak seperti VIP atau selebriti sekejap di situ.

siang telah pergi dan malam pun berganti.
alat mengawal kadar kontraksi dan degupan jantung bayi dalam kandungan telah dipasang.
isteri tengah (midwife @ bidan) datang menjenguk dan memeriksa kedudukan bayi dalam kandungan.
bayi yang sepatutnya pada kedudukan songsang seperti telah berpusing kepada kedudukan normal.
datang midwife kedua untuk mendapatkan kepastian.
datang lagi midwife ketiga untuk mendapatkan kepastian ke atas kepastian.
doktor telah dipanggil untuk mendapatkan pengesahan ke atas kepastian ke atas kepastian.
dan setelah discan, maka sahlah bayi telah berada pada kedudukan normal dengan kepalanya parking elok ke bawah menghala ke pangkal rahim.
alhamdulillah! segala syukur kami panjatkan kepada Allah...
apa ker nama yer alat nih?

rabu, 1 februari 2012
cancel puasa. cancel bilik pembedahan. cancel untuk bersalin secara cesarean.
malam tadi dr.seri check dah buka 1cm.
pagi itu dr.seri datang dan terus pecahkan air ketuban seraya berkata, "i've just broke your water!"
hampir tengahari dilla telah dipindahkan ke wad bersalin.
dari jam 12 tengahari ke jam 1 petang. dari jam 1 petang ke jam 2 petang.
dipendekkan jam, pada pukul 3.12 petang, dengan 5 kali lafaz (teran), maka telah lahir ke bumi anak kedua dan hero pertama kami.

dengan ini aku memperkenalkan anak kami, Daniel Qhalish bin Zaid...
dilla yg kelaparan, daniel qhalish yg kemerahan, dr. seri suniza yg memanjang keceriaan
nota kaki: ada 9 kelahiran pada tarikh itu di pcmc...

Tuesday, January 31, 2012

storm is coming

an extremely wet morning today

p/s: mohon doa semua untuk dilla yang bakal melahirkan anak kedua kami...

Thursday, January 26, 2012

chinese new year weekend round-up

sabtu; lepak kat rumah sambil makan sambil tidur sambil makan.

ahad; balik dengkil sambil makan nasi kenduri sambil mingle2.

isnin; lepak kat rumah sambil makan maktih masak sambil lepak kat rumah makngah sambil pergi pasar malam.

selasa; lepak kat rumah sambil makan sambil keluar jenjalan minum petang sambil...ehem.

paktih cuba merencanakan untuk berniaga kacang, rempeyek, kerepek, ikan haruan, putu mayam, cermin tingkap dan segala macam jenis perniagaan yang tak pernah terpikir oleh orang lain (gambar diambil oleh marissa...ker?)
marissa self shoot potrait (budak sekarang kecik2 dah pandai guna smartphone)

budak mulut penuh dengan makanan (budak sekarang kecik2 dah pandai makan memacam)

orang dalam gambar: "makan budaaakkkk!!!" marissa: "larikksss!!! (sambil mulut masih penuh)"

Wednesday, January 18, 2012

#8 wordless wednesday - time bomb

mata aku sepanjang minggu lepas. latest update: pecah sudah!

Monday, January 16, 2012

sogolicious!

pada suatu hari minggu lepas...

"belakang takde..."

"tepi pun takde..."

"eh, ayah kat sini rupanya. ayah! nak mickey mouse besar bagak nih!!!"
ayah: meh tengok harga jap... erk! marissa amik kat mana doll nih? kita letak sini dulu yer. nanti dah nak balik kita amik bayar yer... (aku tipu! hahahahaa. jahat!!!)


(to be continue...)

Tuesday, January 10, 2012

days are counting


jumaat lepas pegi pcmc teman dilla check up. doktor seri macam biasa ceria aje attend patient dia. time buat scan tu doc bagitau yang baby dalam keadaan songsang. breach. montot ngan kaki baby kat belah bawah. betul2 kat dasar rahim.
tu yang dilla sakit2 sekarang. jalan sakit, diri sakit, duduk sakit, baring pun sakit. doc refer buat fisio kat ground floor. doc ada bagi petua gak macam mana nak bagi kedudukan baby normal dalam rahim dan bagi kepala dia engaged. dia kata sujud lama2 dalam 15 minit dan bacakan ayat al-quran di belakang (montot) ibu yang mengandung. insyaallah dengan sujud, rahim akan lebih longgar dan bayi akan pusing ke arah bacaan ayat al-quran. elok buat bila kandungan dah lepas 37 minggu. meaning bila betul2 bayi dah matang dan ibu dah tak sabar nak beranak...

hari ini 10 januari. dilla dah mengandung 35 minggu. marissa pun dah genap 1 tahun 7 bulan (genap ker?). lagi 2 minggu bayi dalam perut dah 37 minggu. insyaallah time tu bayi dah matang dan sedia untuk menjengah dunia. semua doakan yang terbaik yer untuk dilla dan anak kedua kami nanti. maceh!

nota kaki: hari tu boleh plak terserempak dengan encik bapak gonjolong dan isteri feymes amos beliau, puan mekchu. ehem2, ada apa2 ker datang situ tu...?

Wednesday, January 4, 2012

#7 wordless wednesday - new year weekend round-up












p/s: banyak gak la aktiviti compare dengan weekend minggu lepas. pegi situ, pegi sana, pegi rata2, pegi mana2, makan2 itu, makan2 ini. marissa sangat gumbira. best!