jumaat lepas pegi pcmc teman dilla check up. doktor seri macam biasa ceria aje attend patient dia. time buat scan tu doc bagitau yang baby dalam keadaan songsang. breach. montot ngan kaki baby kat belah bawah. betul2 kat dasar rahim.
tu yang dilla sakit2 sekarang. jalan sakit, diri sakit, duduk sakit, baring pun sakit. doc refer buat fisio kat ground floor. doc ada bagi petua gak macam mana nak bagi kedudukan baby normal dalam rahim dan bagi kepala dia engaged. dia kata sujud lama2 dalam 15 minit dan bacakan ayat al-quran di belakang (montot) ibu yang mengandung. insyaallah dengan sujud, rahim akan lebih longgar dan bayi akan pusing ke arah bacaan ayat al-quran. elok buat bila kandungan dah lepas 37 minggu. meaning bila betul2 bayi dah matang dan ibu dah tak sabar nak beranak...
hari ini 10 januari. dilla dah mengandung 35 minggu. marissa pun dah genap 1 tahun 7 bulan (genap ker?). lagi 2 minggu bayi dalam perut dah 37 minggu. insyaallah time tu bayi dah matang dan sedia untuk menjengah dunia. semua doakan yang terbaik yer untuk dilla dan anak kedua kami nanti. maceh!
nota kaki: hari tu boleh plak terserempak dengan encik bapak gonjolong dan isteri feymes amos beliau, puan mekchu. ehem2, ada apa2 ker datang situ tu...?