Friday, February 24, 2012

first love by hattan

[ pos melekit (sticky post) untuk sepanjang minggu ni. sila lihat bawah untuk posting terbaru. tu pun kalau ada :) ]


Aku terima ketentuan ini
Engkau menghilang lenyap dari hariku
Aku menempuh liku dalam liku
Tubuh langkah kesal lindungku

Sepi kesepi panjang dan berbatu

Pedih hancur lena dalam mimpiku
Aku mendengar keluhan darimu
Namun kini segala berlalu
 
Korus:
Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Maafkan aku
Maafkan aku
Meluka hatimu

Kini ke mana tiada lagi hidup aku

Hanya rintih meneman hari-hariku
Biar bertahun ku inginkan oh tahu
Kekal harum cinta padamu

Cinta pertama hanya dirimu

Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Aku perlukan Tuhan yang tahu
Aku melara menentang waktu

Maafkan aku dosa-dosaku

Maafkan aku oh kasihku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku

Cinta pertama hanya dirimu

Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Aku perlukan tuhan yang tahu
Aku melara menentang waktu

Maafkan aku dosa-dosaku

Maafkan aku oh kasihku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku

Thursday, February 16, 2012

everybody loves daniel qhalish

enam hari lima malam kami stay kat prince court.
check-in hari selasa 31 januari, check-out hari ahad 5 februari.
ahli keluarga, kaum kerabat, rakan taulan ramai yang datang melawat di hospital tu.

ada wan, ada pakcik dan makcik setiawangsa, ada abang harith, ada kakak kembar sarah dan sofea, ada tokwan dan tokmak, ada aunty bella dan maksu syera, ada pakngah dan makngah gombak, ada abang farhan, kakngah, kak ayu, abang faiq dan kak kaka, ada pakngah muaz, makngah nor dan kak anis, ada paktih dan maktih melaka, ada kawan2 opis ibu serta ramai lagi! (memang setakat tu aje pun). ops, ada sorang lagi rupanya. kak marissa adani yang tiap2 hari juga datang siap tidur dua malam siap bawa virus selsema lagi :)

daniel qhalish ucapkan terima kasih banyak2 semua. lepas ni dah boleh buka amanah saham didik, eh.





Wednesday, February 15, 2012

#9 wordless wednesday - introducing daniel qhalish

i am daniel qhalish

fresh from the 'oven'

sleeping coldly

mom's little son

Monday, February 13, 2012

just a little breeze in the afternoon

selasa, 31 januari 2012
maka harinya telahpun tiba untuk kami menyambut ahli baru dalam keluarga kami.
persiapan fizikal dan mental telah dibuat walaupun terasa banyak kurangnya lagi.
petang itu lebih kurang jam 6 petang kami telah mendaftarkan diri di prince court medical centre sepertimana temujanji yang telah dipersetujui sebelum ini.

memandangkan bilik pesakit agak terhad, dilla telah ditempatkan sementara di bilik junior suite.
bilik yang lebih besar dari bilik premium dengan tanda harga dicatatkan pada RM600 untuk satu malam.
berlagak seperti VIP atau selebriti sekejap di situ.

siang telah pergi dan malam pun berganti.
alat mengawal kadar kontraksi dan degupan jantung bayi dalam kandungan telah dipasang.
isteri tengah (midwife @ bidan) datang menjenguk dan memeriksa kedudukan bayi dalam kandungan.
bayi yang sepatutnya pada kedudukan songsang seperti telah berpusing kepada kedudukan normal.
datang midwife kedua untuk mendapatkan kepastian.
datang lagi midwife ketiga untuk mendapatkan kepastian ke atas kepastian.
doktor telah dipanggil untuk mendapatkan pengesahan ke atas kepastian ke atas kepastian.
dan setelah discan, maka sahlah bayi telah berada pada kedudukan normal dengan kepalanya parking elok ke bawah menghala ke pangkal rahim.
alhamdulillah! segala syukur kami panjatkan kepada Allah...
apa ker nama yer alat nih?

rabu, 1 februari 2012
cancel puasa. cancel bilik pembedahan. cancel untuk bersalin secara cesarean.
malam tadi dr.seri check dah buka 1cm.
pagi itu dr.seri datang dan terus pecahkan air ketuban seraya berkata, "i've just broke your water!"
hampir tengahari dilla telah dipindahkan ke wad bersalin.
dari jam 12 tengahari ke jam 1 petang. dari jam 1 petang ke jam 2 petang.
dipendekkan jam, pada pukul 3.12 petang, dengan 5 kali lafaz (teran), maka telah lahir ke bumi anak kedua dan hero pertama kami.

dengan ini aku memperkenalkan anak kami, Daniel Qhalish bin Zaid...
dilla yg kelaparan, daniel qhalish yg kemerahan, dr. seri suniza yg memanjang keceriaan
nota kaki: ada 9 kelahiran pada tarikh itu di pcmc...