Friday, January 16, 2015

misteri kehilangan malaya char kuew teow

tulis cerita lain sikit dari kebiasaan boleh tak?
dan ini adalah post pertama dalam blog ini yang title nya dalam BM.
hebat tak? hebat kan! hahahaa!!!

macam2 ejaan untuk menu nih.
char kuew teow.
char koew teau.
char koay teaw.
char kote au (erk!)
janji bunyi lebih kurang sama dan (lidah) korang boleh terbayang rasanya kan.

post ni specific pasal malaya char kuew teow atau char kuew teow malaya (past tense vs. present tense. ikut suka aku. tak paham sudah!)
aku shortform kan dulu ke MCKT la yer. payah benar nak taip pajang2 perkataan yang sama.
MCKT nih feymes kat setiawangsa nih.
walaupun area2 sini banyak sebenar nya gerai char kuew teow nih.
ada char kuew teow BOM, ada Amir BM Char Kuew Teow, jauh sikit ada Mali's Corner.
tapi bagi aku brader Malaya ni paling sedap char kuew teow dia.
trademark brader Malaya ni dia akan pakai topeng mulut bila dia masak.
topeng dia ada yang gambar tengkorak, ada yang warna hitam aje. gambar hello kitty aje dia takde.

pastu brader Malaya improvise menu kuew teow dia.
ada kering, ada basah, ada udang saja, ada kerang saja..
pastu dia tambah lagi mee udang, nasi goreng hailam.
semua sedap. walaupun aku tak pernah rasa semua. tapi aku yakin semua sedap (condifent!)

tapi...
semenjak 2 bulan lepas kot MCKT dah tak buka.
dapur dia pun dah takde kat tempat dia biasa meniaga tu.
dah pindah ker? pindah ke mana?
dah lingkup ker? tapi kenapa?
apa? bila? kenapa? bagaimana? di mana? siapaaaaa?!!!!

blog dia pun dah lama tak berhapdet: blogspot
kat foursquare masih wujud lagi: foursquare
tapi mana dia hilang? misteri betul!

sebelum aku balik dan meneruskan siasatan aku atas kehilangan MCKT ini, aku screenshot kan (nak senang aje keja aku) gambar terbaik char kuew teow ihsan dari encik google...


update: hasil soal siasat yang telah dilakukan semenjak 7 bulan yang lepas, adalah dimaklumkan di sini bahawa brader Malaya telah menghidap penyakit kanser hidung. pun walau bagaimana, beliau telah didapati pulih dari kanser tersebut setelah melalui beberapa siri pembedahan (rasanya la). namun, beliau telah memutuskan untuk tidak lagi berniaga dan kini telah pulang menetap di kampung halaman beliau di utara Malaysia. sekian laporan.