Wednesday, April 6, 2016

marissa goes to bird park

cerita rabu minggu lepas.
dengan berat hati (bukan ayahnya tapi ibunya) (a'ah, iye lah),
kami membenarkan marissa untuk follow trip tadika nya ke Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park).

tadika dah inform awal2, awal bulan lepas atau dua bulan lepas ntah.
dah bagi surat permohonan kebenaran untuk parent sign.
kejap nak sign bagi pergi, pastu pikir taknak bagi plak, last2 bagi jugak.
punya la nak protective sangat. biarlah budak tu nak explore the nature. gitu..

beratur sementara menunggu bas

marissa and her first time riding a bus
"kakak janji kakak akan berhati2 yer ayah"

lepas hantar marissa kat tadika pagi tu, settle dia naik bas, aku pun terus ke opis.
petang nyer tu sesampai nyer aku kat rumah, bertebaran cerita marissa perihal dia naik bas, pergi taman burung dan pulang juga dengan bas.

"ayah, burung tu pandai cakap!"

"ayah, burung kakaktua tu diam aje tapi busuk!"

"ayah, monyet pun ada banyak!"

"ayah, kakak makan nasi lemak kat restoran!"

"ayah, best nyer naik bas!"

dan hari2 selepas itu setiap bas yang kami selisih bila keluar, semua bas marissa kenal.

"ayah, tu la bas kakak naik hari tu!"

"ayah, kakak kenal bas tu!"

"ayah, aircond bas tu memang sejuk!"


"bilik kita lagi sejuk la kakak!" -rayqal darwisy

untuk maklumat lanjut berkenaan KL Bird Park, sila lawati laman2 web ini:
http://www.klbirdpark.com/index.cfm
http://www.caridestinasi.com/taman-burung-kuala-lumpur-harga-tiket/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Burung_Kuala_Lumpur
http://www.blogger2u.com/2014/02/taman-burung-kuala-lumpur-kl-bird-park.html