Wednesday, April 6, 2016

marissa goes to bird park

cerita rabu minggu lepas.
dengan berat hati (bukan ayahnya tapi ibunya) (a'ah, iye lah),
kami membenarkan marissa untuk follow trip tadika nya ke Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park).

tadika dah inform awal2, awal bulan lepas atau dua bulan lepas ntah.
dah bagi surat permohonan kebenaran untuk parent sign.
kejap nak sign bagi pergi, pastu pikir taknak bagi plak, last2 bagi jugak.
punya la nak protective sangat. biarlah budak tu nak explore the nature. gitu..

beratur sementara menunggu bas

marissa and her first time riding a bus
"kakak janji kakak akan berhati2 yer ayah"

lepas hantar marissa kat tadika pagi tu, settle dia naik bas, aku pun terus ke opis.
petang nyer tu sesampai nyer aku kat rumah, bertebaran cerita marissa perihal dia naik bas, pergi taman burung dan pulang juga dengan bas.

"ayah, burung tu pandai cakap!"

"ayah, burung kakaktua tu diam aje tapi busuk!"

"ayah, monyet pun ada banyak!"

"ayah, kakak makan nasi lemak kat restoran!"

"ayah, best nyer naik bas!"

dan hari2 selepas itu setiap bas yang kami selisih bila keluar, semua bas marissa kenal.

"ayah, tu la bas kakak naik hari tu!"

"ayah, kakak kenal bas tu!"

"ayah, aircond bas tu memang sejuk!"


"bilik kita lagi sejuk la kakak!" -rayqal darwisy

untuk maklumat lanjut berkenaan KL Bird Park, sila lawati laman2 web ini:
http://www.klbirdpark.com/index.cfm
http://www.caridestinasi.com/taman-burung-kuala-lumpur-harga-tiket/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Burung_Kuala_Lumpur
http://www.blogger2u.com/2014/02/taman-burung-kuala-lumpur-kl-bird-park.html

Monday, March 28, 2016

lunch @ zainul nasi kandar

nasi putih, ayam goreng, begedil, sayur taugeh

khamis minggu lepas.
ada meeting kat menara yayasan selangor sebelah amcorp mall kat PJ state tu.
meeting kul 2 tapi 12 tengahari aku dah laju2 gerak dari opis.
sebab nyer aku nak makan kat zainul nasi kandar.
lama gila naharom tak makan kat sini.
sahabat aku muzri yang introduce tempat ni kat aku dulu.
(apa kabar yer sahabat aku tu...)

jarak dari stesen lrt taman jaya ke lokasi kedai nih nak kata jauh, tak la jauh sangat. nak kata dekat, takde la dekat jugak.
menapak la aku di bawah terik matahari, menyusuri siarkaki, yang tidak berbumbung tapi ada tiangseri.

akibat kekenyangan tahap gaban z potong dua, aku amik uber driver untuk jarak tak sampai sekilometer ke lokasi meeting. sangap!

kepada nasi kandar zainul, terima lah lagu 'Diantara Kalian' oleh D'Masiv ini:

Thursday, March 17, 2016

public announcement #1

assalamualaikum.. pernah ker blog ni ada public annoucement sebelum nih? entah ler.. takde kuasa aku nak check.. hahahaa.. so memandangkan aku tak ingat (me = a self declared short-term-memory-lost syndrome patient), aku letak lah tajuk post ini sebagai pengumuman awam nombor satu..

katanya mesej nih dari timbalan ketua pengarah pelajaran malaysia.. wallahu'alam..

pesanan untuk semua ibu bapa.. cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak.. peringatan untuk semua.. mudah2an membantu membentuk anak2 dalam masyarakat yang perihatin..

tanamkan dalam hati bahawa:

1. anak kita bukan baik sangat.. walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.. kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak2 kita.

3. anak kita juga pandai menipu.. jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. dia mungkin menipu. tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. siasat dan jangan cepat melatah. nanti kita yang malu.

4. anak kita layak dimarah.. anak kita bukan malaikat. dia tidak sempurna. dia pasti melakukan banyak silap. dia perlu dididik. character dia di rumah dan di sekolah tak sama. dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. ingat semula kenapa kita hantar dia ke sekolah.. untuk dia jadi diva kah? sampai tak boleh diusik. untuk dia jadi samseng? sampai tak boleh dijentik. untuk dia jadi biadap? sampai tak boleh dididik.

6. dia sedang dididik. dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.. jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. cara kita tak semestinya betul.

7.  kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.. kita perlukan guru2. kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. hormati mereka.

8. duit bukan segalanya.. kita mungkin kaya. tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. duit tak boleh membentuk akhlaknya. dia perlu didik, diajar, dibentuk. baru dia mampu menjadi manusia.

9. kita tak mampu membentuknya seorang diri.. anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.. cara guru dan kita mungkin berbeza. tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. paling hebat kita didik 6 7  orang anak kita sendiri. mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak2 orang lain yang mereka didik seperti anak2 mereka sendiri.

11. jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam Al Quran.. mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. amal kita?

12. ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.. tanamkan itu dalam peribadi anak2 kita. yang 11 A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. asalkan tak kurang adabnya. biar berkat ilmunya. kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.. ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak2 kita. mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak2 kita.

berlapang dada lah.
ilmu itu bukan bilangan A.
tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan di akhirat.

maaf untuk post yang panjang. jom layan lagu '7 Years' nih oleh Lukas Graham:


Monday, March 14, 2016

will not go

takkan pergi by hyper act

hari ku yang pergi hilang ku mencari
gelora cinta kau bawa datang kembali
rindu ku tak sudah hilang dalam sedar
mungkin ku menanti sepi hangat yang hadir

kenangan bagai mengejar mentari
terbakar debunga kasturi
apakah tandanya yang tersembunyi
dibalik rahsia semalam

hadir dirimu memulihkan ku
dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
namun rasa ini, dalam mencari erti
yakin ku kekal mu di sisi takkan pergi

mungkin sebenarnya ruang itu tiada
mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
kenangan bagai mengejar mentari
terbakar debunga kasturi
apakah tandanya yang tersembunyi
dibalik rahsia semalam

hadir dirimu memulihkan ku
dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
namun rasa ini, dalam mencari erti
yakin ku kekal mu di sisi takkan pergi

hadir dirimu memulihkan ku
dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
namun rasa ini, dalam mencari erti
yakin ku kekal mu di sisi takkan pergi

kelibat cinta permain rindu kecewa
bisikan indah khayalan ku seketika
air mata ini mengalir ku sendiri
moga kelam resah ku kan berlalu pergi

Friday, January 16, 2015

misteri kehilangan malaya char kuew teow

tulis cerita lain sikit dari kebiasaan boleh tak?
dan ini adalah post pertama dalam blog ini yang title nya dalam BM.
hebat tak? hebat kan! hahahaa!!!

macam2 ejaan untuk menu nih.
char kuew teow.
char koew teau.
char koay teaw.
char kote au (erk!)
janji bunyi lebih kurang sama dan (lidah) korang boleh terbayang rasanya kan.

post ni specific pasal malaya char kuew teow atau char kuew teow malaya (past tense vs. present tense. ikut suka aku. tak paham sudah!)
aku shortform kan dulu ke MCKT la yer. payah benar nak taip pajang2 perkataan yang sama.
MCKT nih feymes kat setiawangsa nih.
walaupun area2 sini banyak sebenar nya gerai char kuew teow nih.
ada char kuew teow BOM, ada Amir BM Char Kuew Teow, jauh sikit ada Mali's Corner.
tapi bagi aku brader Malaya ni paling sedap char kuew teow dia.
trademark brader Malaya ni dia akan pakai topeng mulut bila dia masak.
topeng dia ada yang gambar tengkorak, ada yang warna hitam aje. gambar hello kitty aje dia takde.

pastu brader Malaya improvise menu kuew teow dia.
ada kering, ada basah, ada udang saja, ada kerang saja..
pastu dia tambah lagi mee udang, nasi goreng hailam.
semua sedap. walaupun aku tak pernah rasa semua. tapi aku yakin semua sedap (condifent!)

tapi...
semenjak 2 bulan lepas kot MCKT dah tak buka.
dapur dia pun dah takde kat tempat dia biasa meniaga tu.
dah pindah ker? pindah ke mana?
dah lingkup ker? tapi kenapa?
apa? bila? kenapa? bagaimana? di mana? siapaaaaa?!!!!

blog dia pun dah lama tak berhapdet: blogspot
kat foursquare masih wujud lagi: foursquare
tapi mana dia hilang? misteri betul!

sebelum aku balik dan meneruskan siasatan aku atas kehilangan MCKT ini, aku screenshot kan (nak senang aje keja aku) gambar terbaik char kuew teow ihsan dari encik google...


update: hasil soal siasat yang telah dilakukan semenjak 7 bulan yang lepas, adalah dimaklumkan di sini bahawa brader Malaya telah menghidap penyakit kanser hidung. pun walau bagaimana, beliau telah didapati pulih dari kanser tersebut setelah melalui beberapa siri pembedahan (rasanya la). namun, beliau telah memutuskan untuk tidak lagi berniaga dan kini telah pulang menetap di kampung halaman beliau di utara Malaysia. sekian laporan.