Tuesday, September 20, 2011

seconds from (a little) disaster

berdasarkan kisah benar...

Khamis 15 September 2011
6:05 petang, 23 minit sebelum kejadian
aku bersama isteri dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. hujan lebat semenjak tengahari itu telahpun berhenti. kami singgah sebentar di giant setiawangsa untuk membeli barangan keperluan marissa. Persona W**5349 aku berhentikan pada gear P di hadapan pintu depan Giant sementara isteri ku sahaja turun membeli barangan tersebut.

6:13 petang, 15 minit sebelum kejadian
isteri telah kembali ke kereta. teringatkan mak di rumah yang ingin berbuka puasa, isteri meminta berhenti sebentar di gerai jagung rebus di simpang berhadapan Giant tadi. setelah duit dan jagung rebus bertukar tangan, aku memandu terus Persona melepasi Klinik Idzham menuju ke simpang tiga berhampiran Mahsuri Apartment.

6:27 petang, 1 minit sebelum kejadian
Persona yang aku pandu 50 meter menghampiri simpang tiga tersebut. ke kiri simpang akan terus menuju ke Masjid Mu'adz Setiawangsa. ke kanan simpang akan terus mendaki sedikit ke simpang empat lampu isyarat dan tujuan kami adalah ke arah itu.10 meter menghampiri simpang, aku memandang ke arah kanan, tiada kenderaan lain menghampiri. aku memandang ke arah kiri, juga tiada kenderaan lain menghampiri. aku pantas memandang ke arah kanan semula bagi memastikan sekali lagi bahawa tiada kenderaan menghampiri walaupun terdapat banyak kereta diletakkan berhampiran kaki lima jalan raya tersebut. dan aku terus memandu keluar dari simpang dengan kelajuan yang perlahan. tiba2...

5 saat sebelum kejadian
...kelihatan sebuah Kelisa sudah sangat menghampiri kereta kami. kedengaran brek Kelisa dipijak rapat. Kelisa terus menggelusur memandangkan jalan raya yang basah. aku turut menekan brek sebentar. namun memikirkan Persona telah pun berada di tengah simpang, aku sambung menekan pedal minyak dengan harapan melewati simpang tersebut tanpa dilanggar Kelisa itu.

1 saat sebelum kejadian
tetapi jangkaan aku meleset. Kelisa tidak dapat berhenti dengan pegun dan terus menghentam perlahan Persona. dapat aku perhatikan dari ekor mataku pintu kanan penumpang belakang Persona dilanggar Kelisa tersebut. perlahan tapi tetap terasa gegarannya.

Persona dan Kelisa berhenti sebentar di tengah2 simpang dan aku meminta pemandu Kelisa meletakkan kereta ke tepi jalan raya. bumper Kelisa sedikit jatuh dan calar dihujungnya. Personaku kemek di bahagian pintu dan calar panjang sehingga ke cover rim tayar. Kelisa penuh dengan isteri dan anak2 kecilnya. aku pula dengan isteri yang sarat mengandung. masing2 sedikit menggigil. alhamdulillah masing2 tiada berlaku apa2 kecederaan.

sememangnya kekhilafan aku sendiri kerana tidak betul2 berhenti di simpang tiga tersebut. pemandu Kelisa yang memaklumkan bahawa kereta yang dipandunya itu adalah milik adiknya menuntut RM100 dari aku. aku memohon untuk membayar di hujung bulan nanti. kereta dia satu hal, Persona aku tu pun lagi banyak kosnya nanti. rabak poket aku!

uwaaaa!!!!!!

Wednesday, September 14, 2011

chicha, the cliffhanger

marissa sekarang dah pandai memanjat.
semua dia nak panjat.
sofa kat depan ruang tamu tu.
bantal susun tinggi2 kat bilik tidur kami tu.
ibu tengah landing kat tilam pun dia panjat.
ayah yang tengah berdiri pun dia nak jugee.
ikut suka kau aje kan marissa...

budak yang tak reti dok diam. kelip2 mata plak.
ingat kiut la tu. memang kiut pung. ngeeee...

mummy check up @ PCMC

hari tu (ada ler hari nya) pegi check up mummy kat PCMC.
appointment dengan Dr. Seri Suniza.

kali kedua rasanya.
first time amik darah segala bagai.
kali ini just nak check up biasa aje.
scan baby semuanya ok.
baby dalam perut siap 'shelit2' kaki dia tak bagi tengok bebird ker, pepet...
result darah hari tu pun dah keluar.
alhamdulillah semua normal.
kemungkinan syndrome down sgt2 rendah.

abis dengan Dr. Seri, dia recommend buat fisio dengan Ms. Neng (keturunan surabaya barangkali...)
pengalaman baru buat urut2 moden nih.
macam kat spa pun iyer jugak.

dah lepas tengahari baru settle semua.
next appointment lagi sebulan.
berapa bil hari tu tak sure.
yang pasti 100% covered.
muahahahahakusangatsuka!.
terima kasih petrofac dan medijaring...

 Dr. Seri Suniza. one and only malay gynae kat PCMC tu.
(bayangkan aje la yer nampak KLCC kat tingkap terang benderang tu)
bilik Dr. Seri memang meriah dengan segala facilities dan souvenir dari patient2 dia.
(mummy ada tahi lalat ker kat atas bibir tu...)

Monday, September 5, 2011

waroeng penyet @ the curve

mummy marissa kepingin ayam penyet.
permintaan isteri mengandung kena dipenuhi.
(padahal perut daddy marissa kena penuh kan jugak).

kat seluruh lembah klang nih, dah 4 kedai ayam penyet aku dah try.
satu kat foodcourt stesen bas cyberjaya.
pastu kat wangsawalk ngan sri gombak.

tetapi setakat hari ini, waroeng penyet ini lah yang terbaeek.
best in town!

 duta terbaru waroeng penyet. "pedas banget tapi enak!"

 ayah tanya ibu, "nak ayam peha atau dada?" ibu jawab, "taknek!taknek!taknek!"
tetiba emosi. naper ntah...

 "aper ayah! ada 85 horang lagi? aper kah..."

menu kami: ayam penyet dua, nasi putih dua, kangkung belacan, es cendol, es alpukat. superb!
chicha nyampuk, "ayah bagi makan tauhu aje. teruk tau ayah nih"

selesai makan (chicha agak kenyang, ayah memang kenyang, ibu double kenyang), kami jenjalan pusing2 membeli belah tingkap kat the curve tu. agak dah petang sikit, kami pulang ke setiawangsa. mengah...

p/s: puasa enam jom!

Friday, September 2, 2011

the raya story

aidilfitri tahun ini sememangnya lebih raya dari tahun lepas.
marissa dah setahun lebih. dah tak nangis2 macam tahun lepas.
dia ler yang paling seronok beraya tahun ini.
banyak duit raya dia dapat.
mak bapak dia balik modal la kiranya.
huhuu...

 raya eve. nak balik dengkil buka puasa reramai. chicha dengan set pakaian nikedidas nya.

 raya morning. sesi bergambar. masing2 tak bersedia sebab banyak sangat kamera nyer.

 hobi baru chicha. korek hidung lalu masuk jari ke mulut. euuu!!!
tapi gambar yang atas ni chicha salah target. terpenyek hidung. muahahahambekkau!

raya afternoon. jalan baru bukit putus ke kuala pilah. traffic jam. punca: nothing!

ucapan dari chicha: sehingga berjumpa lagi tahun hadapan, salam aidilfitri, salam kemerdekaan, maaf zahir batin. adiosseperentutpelengkumompret!!!