Tuesday, September 27, 2011

a peaceful fountain

air pancut berirama...

waktu tidur siang chicha setiap hari memang standard.
pagi chicha akan tidur antara jam 10 pagi sampai 12 tengahari.
yang pagi memang confirm chicha akan tidur.
petang plak chicha akan tidur antara jam 4 sampai 6 petang.
yang petang bergantung aktiviti hari itu.
kalau jadual chicha pack ngan layan rakyat jelata datang atau melawat kawasan jajahan, chicha tak boleh nak tidur.
tapi kalo dalam kereta, kena plak ngan aircond fuh2 tiup kat chicha, terus chicha hanyut kat pangkuan ibunya.

kembar jambul chicha - pebbles flintstone

Monday, September 26, 2011

aidilfitri open house @ mawarsari apartment

tak banyak jemputan rumah terbuka raya tahun ni dari kengkawan.
ahli keluarga ramai gak macam biasa.
tapi kengkawan memang tak ramai yang jemput.
ada la kot dua rumah aje.
naper ntah...

sabtu lepas apartment aku buat majlis aidilfitri.
menu ada nasi tomato, ayam masak merah, kuah dalca, rendang daging, cendol (best!), satay, bubur kacang, air segala bagai...
ada game untuk kekanak, ada game untuk orang besar (ada ker?)
dato zulhasnan pun datang bagi hadiah kat bebudak yang menang tu.

marissa tak masuk game tu sebab marissa kecik lagi.
marissa main jongkang-jongket aje ngan kakak kembar dia.
perut kenyang, hati senang, tidur terlentang...

the ladies

looking a different view

chicha and the charlie's angels

focus of attention

Thursday, September 22, 2011

the girl with side ponytail

erk?!

semalam marissa pegi buat gambar pasport.
kenapa? mengapa? bila? bagaimana? siapa? mana? aper kah...?
tungguewwwww....

Wednesday, September 21, 2011

chicha and the toy bin


chicha tak suka duduk diam;
hari2 chicha tak suka duduk diam;
suruh diam, dia tak diam;
suruh tak diam, dia tak diam gak;
"eh, diam lah!"

chicha ada tong mainan;
chicha suka tong mainan dia;
hari2 chicha main dengan tong mainan;
chicha memang tak reti duduk diam;
chicha lebih suka duduk dalam tong mainan dia...


Tuesday, September 20, 2011

seconds from (a little) disaster

berdasarkan kisah benar...

Khamis 15 September 2011
6:05 petang, 23 minit sebelum kejadian
aku bersama isteri dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. hujan lebat semenjak tengahari itu telahpun berhenti. kami singgah sebentar di giant setiawangsa untuk membeli barangan keperluan marissa. Persona W**5349 aku berhentikan pada gear P di hadapan pintu depan Giant sementara isteri ku sahaja turun membeli barangan tersebut.

6:13 petang, 15 minit sebelum kejadian
isteri telah kembali ke kereta. teringatkan mak di rumah yang ingin berbuka puasa, isteri meminta berhenti sebentar di gerai jagung rebus di simpang berhadapan Giant tadi. setelah duit dan jagung rebus bertukar tangan, aku memandu terus Persona melepasi Klinik Idzham menuju ke simpang tiga berhampiran Mahsuri Apartment.

6:27 petang, 1 minit sebelum kejadian
Persona yang aku pandu 50 meter menghampiri simpang tiga tersebut. ke kiri simpang akan terus menuju ke Masjid Mu'adz Setiawangsa. ke kanan simpang akan terus mendaki sedikit ke simpang empat lampu isyarat dan tujuan kami adalah ke arah itu.10 meter menghampiri simpang, aku memandang ke arah kanan, tiada kenderaan lain menghampiri. aku memandang ke arah kiri, juga tiada kenderaan lain menghampiri. aku pantas memandang ke arah kanan semula bagi memastikan sekali lagi bahawa tiada kenderaan menghampiri walaupun terdapat banyak kereta diletakkan berhampiran kaki lima jalan raya tersebut. dan aku terus memandu keluar dari simpang dengan kelajuan yang perlahan. tiba2...

5 saat sebelum kejadian
...kelihatan sebuah Kelisa sudah sangat menghampiri kereta kami. kedengaran brek Kelisa dipijak rapat. Kelisa terus menggelusur memandangkan jalan raya yang basah. aku turut menekan brek sebentar. namun memikirkan Persona telah pun berada di tengah simpang, aku sambung menekan pedal minyak dengan harapan melewati simpang tersebut tanpa dilanggar Kelisa itu.

1 saat sebelum kejadian
tetapi jangkaan aku meleset. Kelisa tidak dapat berhenti dengan pegun dan terus menghentam perlahan Persona. dapat aku perhatikan dari ekor mataku pintu kanan penumpang belakang Persona dilanggar Kelisa tersebut. perlahan tapi tetap terasa gegarannya.

Persona dan Kelisa berhenti sebentar di tengah2 simpang dan aku meminta pemandu Kelisa meletakkan kereta ke tepi jalan raya. bumper Kelisa sedikit jatuh dan calar dihujungnya. Personaku kemek di bahagian pintu dan calar panjang sehingga ke cover rim tayar. Kelisa penuh dengan isteri dan anak2 kecilnya. aku pula dengan isteri yang sarat mengandung. masing2 sedikit menggigil. alhamdulillah masing2 tiada berlaku apa2 kecederaan.

sememangnya kekhilafan aku sendiri kerana tidak betul2 berhenti di simpang tiga tersebut. pemandu Kelisa yang memaklumkan bahawa kereta yang dipandunya itu adalah milik adiknya menuntut RM100 dari aku. aku memohon untuk membayar di hujung bulan nanti. kereta dia satu hal, Persona aku tu pun lagi banyak kosnya nanti. rabak poket aku!

uwaaaa!!!!!!