berdasarkan kisah benar...
Khamis 15 September 2011
6:05 petang, 23 minit sebelum kejadian
aku bersama isteri dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. hujan lebat semenjak tengahari itu telahpun berhenti. kami singgah sebentar di giant setiawangsa untuk membeli barangan keperluan marissa. Persona W**5349 aku berhentikan pada gear P di hadapan pintu depan Giant sementara isteri ku sahaja turun membeli barangan tersebut.
6:13 petang, 15 minit sebelum kejadian
isteri telah kembali ke kereta. teringatkan mak di rumah yang ingin berbuka puasa, isteri meminta berhenti sebentar di gerai jagung rebus di simpang berhadapan Giant tadi. setelah duit dan jagung rebus bertukar tangan, aku memandu terus Persona melepasi Klinik Idzham menuju ke simpang tiga berhampiran Mahsuri Apartment.
6:27 petang, 1 minit sebelum kejadian
Persona yang aku pandu 50 meter menghampiri simpang tiga tersebut. ke kiri simpang akan terus menuju ke Masjid Mu'adz Setiawangsa. ke kanan simpang akan terus mendaki sedikit ke simpang empat lampu isyarat dan tujuan kami adalah ke arah itu.10 meter menghampiri simpang, aku memandang ke arah kanan, tiada kenderaan lain menghampiri. aku memandang ke arah kiri, juga tiada kenderaan lain menghampiri. aku pantas memandang ke arah kanan semula bagi memastikan sekali lagi bahawa tiada kenderaan menghampiri walaupun terdapat banyak kereta diletakkan berhampiran kaki lima jalan raya tersebut. dan aku terus memandu keluar dari simpang dengan kelajuan yang perlahan. tiba2...
5 saat sebelum kejadian
...kelihatan sebuah Kelisa sudah sangat menghampiri kereta kami. kedengaran brek Kelisa dipijak rapat. Kelisa terus menggelusur memandangkan jalan raya yang basah. aku turut menekan brek sebentar. namun memikirkan Persona telah pun berada di tengah simpang, aku sambung menekan pedal minyak dengan harapan melewati simpang tersebut tanpa dilanggar Kelisa itu.
1 saat sebelum kejadian
tetapi jangkaan aku meleset. Kelisa tidak dapat berhenti dengan pegun dan terus menghentam perlahan Persona. dapat aku perhatikan dari ekor mataku pintu kanan penumpang belakang Persona dilanggar Kelisa tersebut. perlahan tapi tetap terasa gegarannya.
Persona dan Kelisa berhenti sebentar di tengah2 simpang dan aku meminta pemandu Kelisa meletakkan kereta ke tepi jalan raya. bumper Kelisa sedikit jatuh dan calar dihujungnya. Personaku kemek di bahagian pintu dan calar panjang sehingga ke cover rim tayar. Kelisa penuh dengan isteri dan anak2 kecilnya. aku pula dengan isteri yang sarat mengandung. masing2 sedikit menggigil. alhamdulillah masing2 tiada berlaku apa2 kecederaan.
sememangnya kekhilafan aku sendiri kerana tidak betul2 berhenti di simpang tiga tersebut. pemandu Kelisa yang memaklumkan bahawa kereta yang dipandunya itu adalah milik adiknya menuntut RM100 dari aku. aku memohon untuk membayar di hujung bulan nanti. kereta dia satu hal, Persona aku tu pun lagi banyak kosnya nanti. rabak poket aku!
uwaaaa!!!!!! |
1 comment:
along, along! baik2 bw keta, tak apa prkara dh jd, sabar nya.alhamdulillah dilla dan along tak ada apa2
Post a Comment