nasi putih, ayam goreng, begedil, sayur taugeh |
khamis minggu lepas.
ada meeting kat menara yayasan selangor sebelah amcorp mall kat PJ state tu.
meeting kul 2 tapi 12 tengahari aku dah laju2 gerak dari opis.
sebab nyer aku nak makan kat zainul nasi kandar.
lama gila naharom tak makan kat sini.
sahabat aku muzri yang introduce tempat ni kat aku dulu.
(apa kabar yer sahabat aku tu...)
jarak dari stesen lrt taman jaya ke lokasi kedai nih nak kata jauh, tak la jauh sangat. nak kata dekat, takde la dekat jugak.
menapak la aku di bawah terik matahari, menyusuri siarkaki, yang tidak berbumbung tapi ada tiangseri.
akibat kekenyangan tahap gaban z potong dua, aku amik uber driver untuk jarak tak sampai sekilometer ke lokasi meeting. sangap!
kepada nasi kandar zainul, terima lah lagu 'Diantara Kalian' oleh D'Masiv ini:
No comments:
Post a Comment