Thursday, August 25, 2011

chicha and the walker

chicha sekarang dah expert berjalan.
walaupun acapkali terjatuh, dia sangat suka menggunakan kakinya untuk berjalan.
dulu chicha pakai walker untuk belajar berjalan.
ayah ngan ibu chicha beli walker tu kat jusco AU2.
tapi sebelum chicha umur setahun, chicha dah tak perlu walker untuk melangkah berjalan.

tapi sekarang chicha rindu balik kat walker dia.
walker tu sekarang ayah ngan ibu parking kan aje kat hujung bilik tidur tu.
so chicha sesuka hati dia aje masuk kan diri sendiri dalam walker.
walhal walker tu rapatkan ke bawah.
pandai aje dia lipatkan kaki.
kenkadang kaki sebelah chicha aje lepas.
terus tak pandai keluar.
padan muka! muahahaaa!!!

 chicha dah berjaya masuk walker terlipat

 chicha rasa terganggu di-papparazi oleh ayah
 
 chicha cuba menghalang...

...tetapi tidak berjaya dan terus mengamuk, warghhh!!!

"chicha nak keluar kejar ayah nih. ayah tunggu situ, tunggu!!!"

[^_^]

Wednesday, August 24, 2011

iftar @ chakri palace klcc

tarikh: 23 ogos 2011
lokasi: chakri palace restaurant, level 4, suria klcc
acara: majlis berbuka puasa department human resource dan admin petrofac yang di open table oleh our boss, en. nordin.
menu: semua aku tak ingat nama. yang pasti semua sedap2 belaka. tak percaya tanya chicha...

appertizer: daun keduduk ngan shrimp base paste, peanuts, dried shrimp, baked coconut, onions, ginger, lime & cili padi. sapu, tabur, gulung dan makan. pasti terduduk!

 kuih muih dan tom yam goong<--terbaeekkk!!!

 pulut+mangga+santan ngan bubur kacang

 ibu: chicha nak makan apa? chicha: nasi putih, soft shell crab, sweet sour fish, kerabu mangga, popia, samosa ngan bebola apakenamantah tu...

 ibu tengah penin chicha makan banyak sangat

 "erkk, ayah tengok plak. malu..."

chicha plak penin cari jalan keluar tak jumpa. walhal time tido ok aje tunjuk arah mana...

tenkiu boss!

Monday, August 22, 2011

mawarsari on fire

KUALA LUMPUR, 21 Ogos - Satu kebakaran telah berlaku di Pangsapuri Mawarsari berhampiran Taman Setiawangsa awal pagi semalam. Kebakaran yang mula berlaku sekitar jam 3.30 pagi di tingkat 1 blok F itu mengakibatkan sedikit kelam-kabut di kalangan penghuni pangsapuri apabila masing2 berpusu2 bangun dari tidur dan bergegas turun melalui tangga ke tingkat paling bawah. Ada yang berkain pelikat, ada yang berbaju kelawar, ada yang berbaju T sahaja. Dah memang time tido kan. Macam tu ler orang berpakaian nyer pun.

Seorang saksi yang diajukan pertanyaan berkenaan punca kebakaran menjawab, "Saya sempat lagi pakai baju. Malu nanti." Jawapan yang sememangnya tiada kaitan dengan soalan.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Jalan Jelatek tiba sekitar jam 4 pagi. Walau bagaimanapun, api yang sememangnya marak membakar pada awalnya telah berjaya dipadam oleh penghuni yang amat wira dan juga beberapa security guard yang tidak ketahui asal usul keturunan mereka. Nak kata Indon pun tak, Nepal pun tak, Bangla pun tak. Mongolia jauh sekali ler. Jawa barangkali.

Pun bagaimana walau, api yang begitu cepat membesar adalah dipercayai disebabkan oleh barang2 kontraktor seorang penghuni di tingkat 1 itu. Almari kayu, tin cat, thinner, wheelbarrow, basikal (atau dalam bahasa utaranya, gerek), simen, enjin kereta dan bermacam lagi dihimpunkannya di hadapan pintu rumah. Memang sah2 kena bambu dengan pegawai bomba tu. "Kau nak renovate rumah ker, nak runtuh kan apartment nih?" marah pegawai bomba yang enggan dikenali kerana ayat penyata tadi hanya rekaan semata2.

Sekitar jam 4.30 pagi, penghuni blok F mula beransur ke rumah masing2 untuk bersahur setelah di beri green light tidak rasmi oleh seorang part timer photographer, suami kepada part timer make-up artist. Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh pasangan suami isteri ini amat menakjubkan dan memang berbaloi. Kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan atau apa2 majlis keraian yang lain, bolehlah menghubungi mereka berdua ini. Search aje kat fesbuk tu.

p/s: alhamdulillah kami sekeluarga tiada apa2...

walau pun lena tidur, chicha sentiasa bersedia menunjuk arah pintu keluar...

Friday, August 19, 2011

indeed now is the season

(baca: memang musim sekarang ni...)

tajuk di atas adalah ayat standard orang bila dia tanya anak kita sakit apa.
nak ikutkan situasi sebenar, setiap hari ada aje budak demam, batuk, selsema kan.
musim sepanjang tahun ker? huhuu...

ini cerita rabu baru nih.
marissa macam batuk2 sikit.
takde la teruk sangat tapi bunyi kahak dia macam banyak sangkut kat kerongkong dia.
start dari selasa pagi lagi.
time malam tu lagi teruk bunyi nyer.
kejap2 terjaga. ibu ayah nyer pun kena ler turut terjaga.

so, pagi rabu pegi jumpa dr. zarin zain.
dr. khairul cuti sebab selangor public holiday nuzul quran.
doc kata tiada apa yang serius.
doc bagi ubat batuk bagai.
petang tu bagi marissa ubat cair kahak guna sudu.
mahu plak dia minum.
kalau guna syringe tu, dimuntah kan balik semuanya.

sehingga pagi tadi, marissa masih batuk2 lagi.
doakan marissa cepat baik yer semua. ganbatte!

chicha tidur kepenatan balik dari berjumpa doc yang agak feymes di tv dan laman sosial muka buku tu...

Thursday, August 18, 2011

iftar @ crowne plaza mutiara

tarikh: 16 ogos 2011
lokasi: crowne plaza mutiara KL
acara: majlis berbuka puasa petrofac malaysia
menu: (tarik nafas) roti bakar, sup kambing, sup ayam, sup daging, gulai kawah, roti canai, murtabak, kebab, kambing golek, nasi beryani, abc, terubuk bakar, kembung bakar, pari bakar, cencaru bakar, char koteow, pasta, fruit mocktail, sushi, dimsum, ketam deep fried, udang deep fried, wantan mee, mee sup, daging black pepper, ayam sweet sour, fish fillet, tepanyaki, satay ayam daging kambing, nasi ulam, sambal goreng, grilled chicken, grilled beef, kuih muih, desserts, smoked salmon, oyster with lemon, teh tarik, soya, bandung, cincau, coffee on demand, segala macam kerabu, sheera halimah jongang (bukan makanan)...

yusuf dan azman J. orang kuat HR kat petrofac. kalo korang ada interview ngan petrofac tak jumpa salah sorang nih, memang korang salah company...

 nasi ulam and condiments

 ikan bakars and partners

 the kerabus and sambals

 popiah and such

pasta!

aku memetik ayat seorang staf baru petrofac berkenaan makanan di malaysia nih, "kalau aku dengar ada rakyat malaysia yang mati kebulur, memang aku tak percaya!" renung2 kan dan selamat beramal dari profesor easy-going...