Monday, August 22, 2011

mawarsari on fire

KUALA LUMPUR, 21 Ogos - Satu kebakaran telah berlaku di Pangsapuri Mawarsari berhampiran Taman Setiawangsa awal pagi semalam. Kebakaran yang mula berlaku sekitar jam 3.30 pagi di tingkat 1 blok F itu mengakibatkan sedikit kelam-kabut di kalangan penghuni pangsapuri apabila masing2 berpusu2 bangun dari tidur dan bergegas turun melalui tangga ke tingkat paling bawah. Ada yang berkain pelikat, ada yang berbaju kelawar, ada yang berbaju T sahaja. Dah memang time tido kan. Macam tu ler orang berpakaian nyer pun.

Seorang saksi yang diajukan pertanyaan berkenaan punca kebakaran menjawab, "Saya sempat lagi pakai baju. Malu nanti." Jawapan yang sememangnya tiada kaitan dengan soalan.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Jalan Jelatek tiba sekitar jam 4 pagi. Walau bagaimanapun, api yang sememangnya marak membakar pada awalnya telah berjaya dipadam oleh penghuni yang amat wira dan juga beberapa security guard yang tidak ketahui asal usul keturunan mereka. Nak kata Indon pun tak, Nepal pun tak, Bangla pun tak. Mongolia jauh sekali ler. Jawa barangkali.

Pun bagaimana walau, api yang begitu cepat membesar adalah dipercayai disebabkan oleh barang2 kontraktor seorang penghuni di tingkat 1 itu. Almari kayu, tin cat, thinner, wheelbarrow, basikal (atau dalam bahasa utaranya, gerek), simen, enjin kereta dan bermacam lagi dihimpunkannya di hadapan pintu rumah. Memang sah2 kena bambu dengan pegawai bomba tu. "Kau nak renovate rumah ker, nak runtuh kan apartment nih?" marah pegawai bomba yang enggan dikenali kerana ayat penyata tadi hanya rekaan semata2.

Sekitar jam 4.30 pagi, penghuni blok F mula beransur ke rumah masing2 untuk bersahur setelah di beri green light tidak rasmi oleh seorang part timer photographer, suami kepada part timer make-up artist. Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh pasangan suami isteri ini amat menakjubkan dan memang berbaloi. Kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan atau apa2 majlis keraian yang lain, bolehlah menghubungi mereka berdua ini. Search aje kat fesbuk tu.

p/s: alhamdulillah kami sekeluarga tiada apa2...

walau pun lena tidur, chicha sentiasa bersedia menunjuk arah pintu keluar...

2 comments:

mazni.suleiman9@google said...

alhamdullillah suma selamat, bersyukur kpd Allah,amiin...

zaid said...

alhamdulillah.
tp lobi tgkt 1 tu mmg hitam legam dinding siling semua nyer.