Wednesday, December 28, 2011

christmas weekend round-up

sabtu, 24 dis 2011
sepanjang hari lepak di mawarsari.
secara ringkasnya: bangun, tido, bangun, makan, tido, bangun, makan, tido, bangun, makan, tido.
mata bengkak, montot cramp. best!

ahad, 25 dis 2011
...
petang tu balik dengkil.
shah dan munirah buat majlis doa selamat dengan cukur rambut afif aiman.
meriah gak ler dengan adik beradik pakcik makcik sepupu sepapat sedara mara jiran tetangga semua.
majlis nyer start lepas isyak.
menu malam tu ada sambal udang, ayam goreng, kari kambing, sayur campur, rojak buah, rojak sayur (ker?) dan air jus anggur hasil tangan tukang buat air tetap, ammar yang sanggup balik dari rumah sewanya di subang tempat dia menginap ketika kerja syif enam pagi-enam petang, enam pagi-enam petang, enam petang-enam pagi, enam petang-enam pagi lepas tu cuti empat hari kemdian sambung balik syif tadi. (cukup napas ker korang baca ayat nih? muahahahahalamak...toyol!punadadalamHD)

anak beranak tengah bertanding mata sapa paling besar dan paling lama tak kelip...

dalam kul 10 majlis pun settle. masing2 pun turut beransur. kami bertiga pula bergerak pulang ke KL dalam jam 10 setengah. sampai rumah dalam kul 11 lebih. tido.

isnin, 26 dis 2011
sepanjang hari lepak di mawarsari.
secara ringkasnya: bangun, tido, bangun, makan, tido, bangun, makan, tido, bangun, makan, tido.
mata bengkak, montot cramp. best! (copy paste aje dari atas, eh)

gambar bonus. dilla tengah cari mainan apa yang dapat setelah terpengaruh dengan iklan telibesen "tora aman datang lagi dengan mainan misteri!" cokelat celup celup...

Tuesday, December 20, 2011

in prince court we chose

mungkin ada yang tak tahu bahawa aku sekarang bekerja dengan syarikat oil & gas. sebuah syarikat multinasional beribu pejabat di london, england dengan cawangannya bersepah seantero dunia.

bakal pindah ke sini tahun depan [kredit]


cukup hujung tahun ini, sudah 10 bulan aku bekerja di syarikat ini. dan aku cukup hooyeah dengan tugas yang aku pikul, suasana kerja yang aku hadapi dan benefit syarikat yang aku terima. aku gembira dengan cuti tahunan yang bagi aku memang cukup, waktu kerja yang fleksibel, sokongan bos dan kengkawan department yang terbaik serta peluang peningkatan kerjaya yang cerah (ayat standard minta keja baru).

dan benefit yang aku kira paling osem ialah medical benefit nyer. setiap staf (dan ahli keluarganya yang layak) diberikan kad perubatan. had tuntutan untuk outpatient treatment: unlimited. had tuntutan untuk inpatient: RM80k per year per family member. seterusnya jika jumlah bil inpatient tersebut lebih dari had RM80k tu, company still akan cover the balance bill (mata ternganga dengan simbol duit).

kar-chingg!!! [kredit]


jadi kenapa memilih hospital prince court untuk wife bersalin anak kedua nanti? satu; kedudukan hospital yang tak jauh dari rumah kami. kedua; doc o&g dan paed yang best serta layanan dan kemudahan yang terbaek. ketiga, dan sebab yang paling utama; kami layak. bukan sebab mampu tetapi sebab kami layak untuk menerimanya. tak keluar duit sesen pun! ok, tipu sikit situ. keluar la duit sikit bayar parking, beli roti krim ngan air teh hijau ada jelly. tapi kalau bil yang sepatutnya ratus2, ribu2 tak kena bayar langsung, ada kau kisah nak keluar sikit untuk beli kudapan bagai tu? nan hado!

ho-spi-tel [kredit]


aku tak emo. aku takde la sensitif sangat. bak kata aman time era hephephooray dulu: gua okay, bodo! ayat pun dah panjang pendek panjang pendek aje aku tengok. bak kata aman lagi... dia tak sempat sambung ayat pertama tadi. dia terus muntah lepas tu. so, kalau anda ingin mendapat kemudahan seperti ini, usaha la untuk mendapat kerja di syarikat yang menawarkan kemudahan kepada stafnya sebegini. aku dah dapat. dan akan aku pastikan aku kekal di industri ini (buat isyarat damai, bundarkan mata sinar2 sambil lari dengan gaya shuffle).

tengok kanan...

...tengok kiri...

..."ibu lahir adik kat sini aje yer"

p/s: post ini adalah sekadar pengumuman awam (baca: public announcement). bukan untuk bermain aci tuju atau ten-teng kapal angkasa. sebarang pelancaran roket atau pemansuhan akta negara selepas ini adalah bukan tanggungjawab penulis. senyum kelat bak peria katak dicicah sos homemade yang tiada tarikh luputnya.

Monday, December 19, 2011

dengkil new addition

mak ngan abah dapat cucu baru.
cucu yang ketiga tetapi cucu lelaki yang pertama.
anak munirah dan shah.
lahir pada hari jumaat, 16 disember 2011 dalam jam 9.30 pagi waktu tempatan.
tempat lahir adalah di hospital serdang.
sekali lagi, tahniah buat munirah dan shah serta mak dan abah.
assalamualaikum. nama saya ialah afif aiman bin... shah (lupa sudah nama penuh adik ipar)
kepada munirah, rehat cukup2.
kepada shah, jangan plak ikut rehat juga :)

chicha sangat gumbira mendapat sepupu baru sambil menggoyang isyarat bagus dengan laju


Monday, December 12, 2011

chicha all grown up

marissa dah setahun setengah sabtu lepas.
iya, aku lambat post dua hari.
semalam baru ingat nyer pun.
walhal ada counter lilypie kat kanan blog nih --->
jowo ngomong: wes kelalen.
itu aje nak cakap.
okbai...


pun malas nak edit. layan aje sampai abis...

p/s: hidung aku tengah berlari (baca: i'm having running nose)

Wednesday, December 7, 2011

happy birthday mak

kepada: puan mazni suleiman
alamat: dengkil, selangor
perkara: selamat hari lahir mak!



hari ini hari lahir mak yang ke...erk! cari sempua jap. 2011 tolak 1957 sama dengan 54. iya, hari lahir mak yang ke-54. tahun depan umur pencen sudah. tapi wajah masih muda remaja, eh.

hepi besday along ucapkan buat mak. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmati oleh Allah. juga semoga mak sentiasa bahagia dan gembira di samping suami terchenta dan anak2, menantu2 serta cucu2 tersayang. banyak2 kan berehat. sentiasa jaga kesihatan mak. ampunkan segala dosa2 along yer mak. halalkan makan minum, air susu serta titik peluh mak. terima kasih atas jasa2 mak yang tak terbalas. sayang mak sangat2!

ringkhlas (ringkas tapi ikhlas) dari kami sekeluarga: zaid, dilla & marissa adani

---

Hidup ini terlengkap dengan hadirmu
Terima kasih Allah yang mendatangkan Ibu
Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu
Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku

Kulihat kau amat sederhana ibu

Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu

Orang sibuk dengan dunia mereka

Tetapi aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu
Dengan tembakan-tembakan doa
Aku sujud kepada Tuhan
Yang memberikanku dikau wahai ibu

Selamat hari lahir


Semoga Allah mencintaimu

Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai ibu