mungkin ada yang tak tahu bahawa aku sekarang bekerja dengan syarikat oil & gas. sebuah syarikat multinasional beribu pejabat di london, england dengan cawangannya bersepah seantero dunia.
bakal pindah ke sini tahun depan [kredit] |
cukup hujung tahun ini, sudah 10 bulan aku bekerja di syarikat ini. dan aku cukup hooyeah dengan tugas yang aku pikul, suasana kerja yang aku hadapi dan benefit syarikat yang aku terima. aku gembira dengan cuti tahunan yang bagi aku memang cukup, waktu kerja yang fleksibel, sokongan bos dan kengkawan department yang terbaik serta peluang peningkatan kerjaya yang cerah (ayat standard minta keja baru).
dan benefit yang aku kira paling osem ialah medical benefit nyer. setiap staf (dan ahli keluarganya yang layak) diberikan kad perubatan. had tuntutan untuk outpatient treatment: unlimited. had tuntutan untuk inpatient: RM80k per year per family member. seterusnya jika jumlah bil inpatient tersebut lebih dari had RM80k tu, company still akan cover the balance bill (mata ternganga dengan simbol duit).
kar-chingg!!! [kredit] |
jadi kenapa memilih hospital prince court untuk wife bersalin anak kedua nanti? satu; kedudukan hospital yang tak jauh dari rumah kami. kedua; doc o&g dan paed yang best serta layanan dan kemudahan yang terbaek. ketiga, dan sebab yang paling utama; kami layak. bukan sebab mampu tetapi sebab kami layak untuk menerimanya. tak keluar duit sesen pun! ok, tipu sikit situ. keluar la duit sikit bayar parking, beli roti krim ngan air teh hijau ada jelly. tapi kalau bil yang sepatutnya ratus2, ribu2 tak kena bayar langsung, ada kau kisah nak keluar sikit untuk beli kudapan bagai tu? nan hado!
ho-spi-tel [kredit] |
aku tak emo. aku takde la sensitif sangat. bak kata aman time era hephephooray dulu: gua okay, bodo! ayat pun dah panjang pendek panjang pendek aje aku tengok. bak kata aman lagi... dia tak sempat sambung ayat pertama tadi. dia terus muntah lepas tu. so, kalau anda ingin mendapat kemudahan seperti ini, usaha la untuk mendapat kerja di syarikat yang menawarkan kemudahan kepada stafnya sebegini. aku dah dapat. dan akan aku pastikan aku kekal di industri ini (buat isyarat damai, bundarkan mata sinar2 sambil lari dengan gaya shuffle).
tengok kanan... |
...tengok kiri... |
..."ibu lahir adik kat sini aje yer" |
p/s: post ini adalah sekadar pengumuman awam (baca: public announcement). bukan untuk bermain aci tuju atau ten-teng kapal angkasa. sebarang pelancaran roket atau pemansuhan akta negara selepas ini adalah bukan tanggungjawab penulis. senyum kelat bak peria katak dicicah sos homemade yang tiada tarikh luputnya.
No comments:
Post a Comment