sabtu, 24 dis 2011
sepanjang hari lepak di mawarsari.
secara ringkasnya: bangun, tido, bangun, makan, tido, bangun, makan, tido, bangun, makan, tido.
mata bengkak, montot cramp. best!
ahad, 25 dis 2011
...
petang tu balik dengkil.
shah dan munirah buat majlis doa selamat dengan cukur rambut afif aiman.
meriah gak ler dengan adik beradik pakcik makcik sepupu sepapat sedara mara jiran tetangga semua.
majlis nyer start lepas isyak.
menu malam tu ada sambal udang, ayam goreng, kari kambing, sayur campur, rojak buah, rojak sayur (ker?) dan air jus anggur hasil tangan tukang buat air tetap, ammar yang sanggup balik dari rumah sewanya di subang tempat dia menginap ketika kerja syif enam pagi-enam petang, enam pagi-enam petang, enam petang-enam pagi, enam petang-enam pagi lepas tu cuti empat hari kemdian sambung balik syif tadi. (cukup napas ker korang baca ayat nih? muahahahahalamak...toyol!punadadalamHD)
anak beranak tengah bertanding mata sapa paling besar dan paling lama tak kelip... |
dalam kul 10 majlis pun settle. masing2 pun turut beransur. kami bertiga pula bergerak pulang ke KL dalam jam 10 setengah. sampai rumah dalam kul 11 lebih. tido.
isnin, 26 dis 2011
sepanjang hari lepak di mawarsari.
secara ringkasnya: bangun, tido, bangun, makan, tido, bangun, makan, tido, bangun, makan, tido.
mata bengkak, montot cramp. best! (copy paste aje dari atas, eh)
gambar bonus. dilla tengah cari mainan apa yang dapat setelah terpengaruh dengan iklan telibesen "tora aman datang lagi dengan mainan misteri!" cokelat celup celup... |
No comments:
Post a Comment