Thursday, December 1, 2011

chicha, cherry berry & the whole story

isnin, 21 november
mak kat rumah call dilla memperihalkan marissa yang berak2. sepulangan kami dari pejabat dan sesudah maghrib, kami bawa marissa berjumpa dr. ridzuan di naluri. doc hanya memberi air garam.

selasa, 22 november
siang menjelma. tidak puas hati dengan konsultansi yang diberi oleh dr. ridzuan, kami memutuskan untuk membawa marissa ke pantai ampang untuk mendapat khidmat nasihat dr. khairul zaman seperti mana post cherry berry di bawah.

rabu, 23 november
pagi aku ke pejabat seperti biasa. dilla mengambil cuti untuk monitor suhu anak, masuk ubat demam bagai. hampir ke tengahari dilla call memberitahu suhu anak mencapai tahap pecah termometer. aku segera memohon cuti kecemasan setengah hari dan terus pulang ke rumah.

kami siap barang serba sedikit sebagai persediaan jika marissa perlu dimasukkan ke wad. setibanya untuk berjumpa dengan dr. khairul (sekali lagi) di pantai ampang, suhu marissa turun di bawah paras demam. tetapi badannya masih lagi suam2 kuku ibu jari kaki kananku yang sedikit berbulu tidak sekata. doc menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan sama ada hendak masuk ke wad atau pulang saje ke rumah membanting padi. memandangkan marissa kelihatan baik2 sahaja, kami bergerak pulang rumah sambil menguis2 kaki di lantai klinik pakar itu yang mana lif mereka masih lagi dalam penyelenggaraan sejak kurun ke-3 masihi lagi.

khamis, 24 november
jam 12 tengah malam. dilla bangun merasa badan marissa, bukan badan aku. sedikit panas. aku memasukkan ubat demam ke bonbon marissa, bukan bonbon...erk. kami sambung tido.

jam 3 pagi. dilla terjaga sekali lagi. badan marissa terasa sangat panas. suhu diperiksa hanya beberapa titik perpuluhan saja mencecah 40 darjah celcius. terus kejut wan. barang yang telah di-pack sebelum ini ditambah lagi dengan baju2 aku dan dilla. kali ini pasti kena masuk wad.

kami terus ke wad kecemasan prince court. kenapa prince court, tidak pantai ampang? satu; sebab dilla ada check up juga hari tu. kedua; sebab dekat ngan opis kami berdua. ketiga; yang sepatutnya menjadi sebab nombor satu ialah prince court segalanya sumpah best!

seusai mendaftar nama marissa, nurse terus bawa marissa untuk dimandikan bagi menurunkan suhu badannya. menjerit nangis dia. sejuk pun yer, takut dengan orang pun yer. kemudian ubat demam dimasukkan lagi ke bonbon marissa. lepas itu tangannya dicucuk dan dibalut. macam pernah buat kan marissa. (ingatkan ada post lama pasal marissa masuk wad kat pantai ampang pertengahan tahun hari itu. takde la plak. muda lagi blog ni rupanyer...)

marissa ditempatkan di wad 6D-11 (kot). dan bermula lah percutian 3 hari 2 malam kami di prince court yang diselangi oleh marissa yang berak2, suhunya yang naik turun serta dr. anthony (paed marissa kat situ), nurse melayu-india-pinoy, orang hantar makanan dan akak cleaner yang keluar masuk bilik. sangat indah!

dipendekkan cerita yang dah setengah panjang ni, setelah marissa sudah kebah dari demam, sabtu petang hari tu kami discharge. hari2 sebelum tu yang datang melawat marissa ada makcik, pakcik, abang harith, kakak kembar sarah dan sofea, tokwan, tokmak, makbella, pakmin, maksu syera, makngah gombak dan ramai lagi artis2 tanahair seperti rita rudaini, sari yanti, nora danish, sazzy falak, fasha sandha...(ader keww?)

setakat semalam, poop2 marissa masih lagi sedikit cair. tapi takde la kerap sangat macam minggu lepas walau kentut sedikit, dah kuar poop2 dia. eeeuuuuwwww. (eh, marissa kuat kentut ker...?). yang pasti marissa tak demam dah. selera makan pun ok. cuma lepas ni takmo main sumbaaatttt aje kat mulut dia dan jangan bagi dia main kutiiipppp aje benda2 kat lantai. tak kuaser! eh.

chicha masa kena wad kat pantai ampang bulan lima dulu

nasi lemak terakhir aku di hari rabu minggu lepas

menunggu di ER sebelum di-check in

chicha main...

...chicha tidur...

...ayah makan!

klcc

kl tower

chicha yang tido selerak, mata bukak, pusat nampak

nurse kat counter yang tetiba macam ada keja bila diperhatikan chicha

makan sini, bawa balik?
p/s: eh, malam bila yang kita sponge anak kita tu yer syg? lupa sudah. tapi ada la salah satu malam dalam minggu lepas tu...

1 comment:

maz said...

kecian nya cucu tokmak asyik tgn brbalut papan je tp alhamdulillah dh sehat,syg dekni cucu tokmak!